Al Quran

Adakah Kita Benar Benar Mahukan Jalan Ini?

Dari dulu, antara ketakutan terbesar aku adalah kalau aku hilang nikmat tarbiyah Quran, kefahaman dan nikmat buat abid khalifah yang aku dapat dari jalan ni.

Antara scene yang membekas dihati aku adalah dihujung hujung masaku di Brisbane, 2 murobbi dari Sydney datang ziarah untuk kali terakhir. Lepas tu mereka dah “tak dibenarkan” untuk jumpa aku.

Masa tu aku nanges teruk dekat katil Shanad. Dekat level 2, Baitul Ma’wa.

“Akakk janganlah tinggalkan saya. Nanti saya dah tak dapat tarbiyah..” ujarku dalam tangisku.

Haha polos betul ketika itu.

Kakak tu berdiri dihadapanku sambil sebelah kakinya disendelkan dekat katil, berdiri macam ala ala pendekar, sambil muka dia serious memandangku.

Kakak ni dulu terkenal as kakak yang garang dan tegas. Kalau orang qodoya dengan dia, selalunya akan nanges kerana dia sangat assertive hahah.

“Aten, takde sape akan boleh rampas jalan ni (dakwah dan tarbiyah) dari awak, kalau awak betul betul mahukan dia. Kalau awak betul nakkan jalan ni gila gila, mintak la dekat Allah. Jalan ni Allah punya. Bukan manusia. Manusia mungkin seems macam boleh halang awak daripada dapat tarbiyah, tapi realitinya, Allahlah yang beri kefahaman, Allah lah yang boleh buka jalan eventho benda tu seems impossible.”

Aku ingat pesanan tu sampai sekarang.
Takde sape sape akan boleh rampas jalan ni dari aku kalau aku benar benar mahukan dia dan nak hidup dan mati diatasnya.

Kalau betul aku nak, aku kena fight gila gila walau apapun harganya.
Whatever the price that I have to pay,
I’m surely gonna pay insyallah!

Kenapa nak sangat jalan ni?

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيكُمۡۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَحُولُ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَقَلۡبِهِۦ وَأَنَّهُۥٓ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.

[Surah Al-Anfāl: 24]

Jalan ni dah banyak menghidupkan aku dengan erti hidup yang sebenar benarnya.
Tak boleh nak describe betapa bestnya hidup bila faham islam dan Quran yang sebenar.
Semua perbuatan yang kita buat bukan saja akan bernilai ibadah, bahkan semua benda yang nampak kecik, akan bernilai besar.
Semua benda yang kita buat adalah untuk tegakkan islam.
Dan ia buat kita jadi manusia yang sebenar, yang bukan saja soleh tapi berusaha untuk musleh kan sekeliling kita.
Terlalu banyak skills dan talents yang akan digilap untuk digunakan untuk jalan Allah.
Setiap benda yang you buat, semuanya meaningful dan tak sia sia.
Arghh tak mampu nak describe. Hanya yang melaluinya je yang akan rasa. Huu.
Alhamdulillah thummalhamdulillah.

Betullah kata Sayyid Qutb dalam muqaddimah tafsirnya, hidup dibawah bayangan Al Quran ni terlalu best, terlalu membersihkan dan terlalu menyucikan dan barakah. Dan yang telah mencicipinya je yang akan tahu nikmat dia.

Moga Allah tetap sudi hidayah kan rasa ini sampai bila bila.

Terlalu takut nak bayang hidup aku kalau takde kefahaman Quran yang syumul ni.

Berada bersama dnt selama ini pun aku masih lagi banyak dosa dan jahiliyah,
Just imagine, kalau aku tanpa jalan ni?
Entah apa la yang akan aku kejarkan dalam hidup ni?
Entah untuk apa la seluruh potensi diri aku akan digunakan?
Mesti aku bermati matian berusaha macam macam benda untuk personal benefit aku, untuk diri aku dan hanya untuk dunia.

Dalam Muntalaq, Syeikh Muhmmad Ahmad Ar Rasyid kata, dalam hidup ni ada dua jalan je.
Islam & jahiliyah.
Kalau you tak bersama islam, automatically you bersama jahiliyah (eventho you tak sedar yang you sedang diperalatkan oleh sistem jahiliyah).
Tiada jalan tengah.

Aku rasa phase dari aku kenal tarbiyah dekat Intec sampai dekat Aussie, semua ujian ujian yang datang tu memang perlu dan wajib ada untuk finally aku betul betul faham dan mahukan jalan ni.

Huu hebat dan bijak sangat Allah al hakim dan al alim yang mengetahui dan menyusun semuanya dengan sangat perfect.

Kalau masa tengah lalu phase tu, memang banyak nanges, memang sakit, memang kalau boleh tak nak ulang.
Tapi rupa rupanya, hadiah disebalik ujian tu adalah kefahaman, basirah dan irodah qowiyah kepada tarbiyah ni.

Betullah Allah berfirman dalam Quran

{ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ }

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

[Surah Al-Baqarah: 216]

Boleh jadi benda yang nampak buruk dimata kita, tapi benda tu memang terbaik untuk kita.
Kita je yang belum boleh comprehend.

Boleh jadi benda tu nampak best gila dimata kita, tapi rupa rupanya benda tu tak baik pun untuk dunia akhirat kita.

Maka atas tarbiyah peristiwa dari 2012-2015, aku finally benar benar haqqal yaqin dengan hakikat itu.
Aku finally betul betul belajar untuk tenang dan thiqah dengan segala susunan Allah kerana at the end of the day, yang tulis hidup kita ni adalah Dia yang always perkenalkan dzatNya as ar rahman dan ar rahim.

Yang maha mengasihi dan menyayangi kita. Extremely merciful pada kita.
Jadi takkan lah yang sayang kita to that extent, akan tulis hidup kita untuk hancurkan kita?

Kalaupun event dalam hidup kita tu nampak macam nak hancurkan kita,
rupa rupanya Allah bukan tengah hancurkan, bahkan sedang bina kita.

Setipa benda yang jadi dan yang tak jadi,
dalam hidup kita,
Semua tu adalah yang terbaik dan semua tu datang untuk mould kita untuk jadi hamba yang terbaik untuk Allah dan jadi hamba yang lebih power untuk contribute dijalan Allah.

Jadi embrace all the tests, trials and tribulations.
Sebab hujungnya selalu manis.
Percayalah cakap Allah.
Allah tak pernah mungkir janji.

Lepas beberapa ketika dalam dnt ni,
aku nampak, memang semua orang akan lalu phase tu.
Phase sampai kita reach basirah.
Sampai kita finally rasa dengan hati yang inilah jalan yang aku nak pilih sampai mati.

After you reach this point,
you will be unstoppable insyallah.

You tak pandai buat dakwah pun, takde masalah sebab once you really want it and feel it, you tak pandai buat apa apa pun, you akan belajar from scratch untuk buat dia.

It’s never about the HOWs,
It’s always about the WHY.

Bila kita betul betul rasa dan feel the why,
How to do it tu adalah sesuatu yang akan sentiasa boleh dibina dan dipelajari sampai pandai.

Maka tanyakanlah kepada diri kita wahai akhowatfillah.
“Kenapa aku nak pilih jalan ni, at the very first place?”

You got soooo many reasons to choose other paths, why stuck with this?

Answer this.

Not with your tongue.
But with your mind and heart.
Do you really meant what you say?

Sebab selagi tak lepas phase ni, selagi tu you akan jadi robot atau zombie atau mayat hidup dalam dnt.

You nampak macam ada,
tapi hati you takde dekat sini.

You nampak macam buat semua benda,
tapi you tak merasakannya.

And you takkan boleh bagi your full blast dekat sini.

Carilah dengan berdoa kepada allah
Carilah dengan berusaha untuk memahami
Carilah dengan berusaha untuk berjihad dalam beramal sambil always tanya why.
Questionlah diri kita selalu sambil cari jawalan yang akhirnya akan buat hati kita satisfied dan teguh.

Moga moga, semua kita akan jumpa jawapannya.
Dan moga dengan itu,
kita akan benar benar hidup dengan dnt ini.

Bukan sekadar menjadi hidup hidupan yang menumpang hidup di dalam dnt.

Yakin janji Allah

{ وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami pasti akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.

[Surah Al-ʿAnkabūt: 69]

Kalau kita betul betul make effort untuk allah
Allah janji Dia pasti akan buka banyak jalan untuk kita.

Kalaulah orang yang derhaka dengan Allah pun Allah bantu,
Apatah lagi orang yang nak tolong agama Allah.
Kan?

Again, jalan ni milik Allah.
Bukan milik individu.
Maka mintalah pada allah.
Dan tunjukkan effort pada Allah yang kita benar benar mahu.

🤜🤛

#beginilahdakwahmengajarkanaku

Leave a comment