Al Quran

Fasa-Fasa Dalam Dakwah

Masa aku dekat Taiping dulu, aku dah plan dah, lepas SPM aku nak masuk KMB, amek IB, lepas tu fly Ireland and amek medic sebab aku nak jadi Medical Doctor.

Biiznillah, Allah maha tahu tentang kemampuan dan ketidakmampuan aku, maka Allah failedkan plan manusiawi aku.

Tapi Allah still nak kabulkan doa aku nak jadi doctor, tapi melalui pathway lain, yang aku tak terpikir pun masa dulu, iaitu dengan further PhD. Lalu jalan Doctor of Philosophy (insyallah soon).

Tapi yang menariknya, disetiap sela hidup aku, Allah dampingkan aku dengan ramai doctor doctor.
Masa dekat Sydney tengok dua murobbi aku belajar medic and attachment dekat rural sana sini.
Bila balik malaysia, duduk serumah dengan geng akhowat houseman dari satu generasi ke satu generasi.
Jadi dah masak dah dengan kisah kisah doktor ni.

Bila aku tengok life diorg,
Belajar pun susah
Ho pun susah
Mo pun susah
Hahah sambung specialist pun susah
Semuanya susah. Kihkihkih.
Bak kata diorang sendiri “last last jadi kuli orang” 😅😅

Pelbagai model HO yang aku saksikn sejak aku balik Malaysia tahun 2016 dulu.

Dulu akhowat HO, dah macam mayat jadian,
Semua benda nak kena orang buatkan.
By default dia memang takde dan tak function.

Tapi keazaman dari satu generasi ke satu generasi yang lain untuk jadi lebih baik dari the previous generation tu telah menyebabkan berlakunya satu wave of change.

Mula datang satu group of HOs yang nak prove bahawa jadi HO pun tetap boleh function dalam dakwah dan tarbiyyah, tetap boleh function dalam RI, siap boleh tetap jadi murobbi dan muwajjih lagi. Bahkan ada yang siap boleh mentajmik buka lokaliti baru lagi.
Masyallah.

Ada sorang akhowat ni, siap balik dari oncall, terus baca buku fikrah untuk daurah dia, daurah anak dia dan daurah cucu tarbiyah dia. Lepas tu baru dia makan and rehat.
Subhanallah.
Time tu memang kami yang bukan HO ni malu semalu malunya.
Takde reason untuk tak siap pre reading wasilah tarbiyah.
Akhowat HO pun boleh buat, kita yang tak HO ni lagi lah.

Fast forward, sekarang ramai dari mereka dah jadi MO, ada yang bahkan dah jadi reg and bakal jadi specialist. Soon to be consultant pulak.
Masyallah.

Bila aku borak dengan akhowat yang dah pangkt atas atas dalam bidang medik ni, aku tanya dia tentang lesson learned hasil “pentarbiyahan” medic dari zaman study ni.

Dia share dgn aku satu benda menarik.
Dia kate dulu, time jadi medical student, ingatkan dah paham dah semua konsep konsep medik dan segala tok nenek pasal penyakit and all.
Ingat dah berjaya score exam tu dah power giler dah.

Rupa rupanya, bila masuk ke medan HO, first time berhadapan dengan realiti clinical di hospital yang super real, baru paham yang dulu time medical student tu tak 💯 paham pun. Tak sama teori dengan praktikal.
TApi time tu masih belajar dan terkial kial.
Everytime you rasa you dah pandai bab tu, titibe you akan repeat balik cycle jadi tak pandai tu sebab akan tukar rotation.
Ingatkan tu dah cukup susah dah.

Sekali bila jadi MO, lain pulak. Makin rasa struggle sebab time tu nanti dah mula kena pegang tanggungjawab pulak. You kena be responsible atas judgement you. You kena be responsible atas HO dibawah you. Cop dan sign you pada any document is like a death sign if ade kemalangan ke kematian ke atau any kesalahan.

Tapi semua ujian dalam realiti tu menjadikan you lebih faham dan lebih hadam semua bebenda theory yang dulu you belajar time med school.

And semua ujian ujian dibahagian praktikal dialam realiti itu indeed menjadikan you lebih cekap, lebih faham hakikat sebenar, lebih kuat dan lebih kental in all aspects.

Dari kisah akhowat doctor ni, buat aku contemplate and ponder upon jalan dakwah dan tarbiyyah ni,
Patutlah Imam Hassan Al Banna formulatekan maratib amal dan fasa fasa dalam dakwah ni lepas dia buat penelitian panjang terhadap Al Quran, hadith dan sirah rasulullah.

Mula mula kita belajar fikrah islam ni secara teori dalam liqo dan wasilah tarbiyah.
Lepas tu kena ada amal yang mengalir hasil daripada tolakan iman dan kefahaman itu.
Ia mesti termanifestasi dalam bentuk perbuatan.

Dan bila ia mula berubah menjadi praktikal,
Selalunya sunnatullah manhaj ini, barulah ujian akan datang.
Dan bila dalam state diuji, barulah kita tahu, kita betul betul faham dan nak carry fikrah tu ke tak.

Contoh mudah,
Awal awal dalam tarbiyah kita mula belajar pasal tujuan hidup kita yang sebenar untuk jadi abid dan khalifah.
Lepas tu kite mula nak apply kefahaman tu.
Pakaian kita mungkin akan mula change
Circle of friends kita akan mula change
Percakapan kita akan mula change
How kita spend our time akan mula change
Interest kita akan mula change.

Dari situ mula akan ada tentangan.
Orang ejek kita ustazahlah
Orang tuduh kita extreme atau join ajaran sesatlah,
Orang dah taknak kawan dengan kitalah.
Family tak kasi keluar lah
Dan macam macam lagi.

Sama juga bila kita mula dapat kefahaman dakwah lepas kita faham erti sebenar syahadah yang kita ucapkan–
Tak boleh kita sorang je tau kebenaran,
Tak boleh kita diamkan je kebenaran tu.

Dan kita faham hakikat bahawa setiap orang wajib untuk jadi witness atas kebenaran tu macam eyewitness utk crime cases di mahkamah.

As eyewitness, dia kena hadir di mahkamah,
dan cerita apa yang dia tahu di hadapan orang ramai.

Sama juga dengan setiap muslim yang dah mengakui dan mengangkat dua kalimah syahadah.

Dia pun kena jadi eyewitness kepada al haq.
Dia pun kena pegi dekat orang ramai,
sharekan, bagi kefahaman hakikat sebenar hingga finally org faham and terima allah tu the only ilah dan nabi muhammad adalah rasulullah yang akan tunjukkan kita jalan untuk menuju allah dan jalan untuk jadi abid dan khalifah.
Dan kita akan ittiba (ikut)  manhaj nabi sampai kita mati.

Kalau baca sirah, dalam manhaj nabi, ada 4 fasa,
1. Fasa bina jemaah
2. Fasa gerakkan jemaah
3. Fasa bina daulah
4. Fasa gerakkan daulah

Fasa pertama dan kedua:
Fasa bina dan gerakkan jemaah.

Kedua duanya berlaku ketika fasa di Mekah.
Kedua duanya berlaku ketika nabi sedang fokus bina individu/rijal dan tanam aqidah.
Cuma beza dia satu sirr dan satu jahr.
Satu teori dan satu praktikal.

Fasa bina jemaah ni adalah fasa dimana nabi dan sahabat all out dakwah ilallah.
Dakwah orang terdekat dia secara sirr.

{ وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةࣱ یَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَیۡرِ وَیَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ }
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran:104)

Bila dah mula ada orang yang ikut islam, dakwah mula berubah fasa kepada fasa gerakkan jemaah.

Fasa ni bermula bila dakwah disampaikan secara terang terangan (jahr).
Fasa ni bermula bila nabi dapat wahyu

فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِینَ (94) إِنَّا كَفَیۡنَـٰكَ ٱلۡمُسۡتَهۡزِءِینَ (95) ٱلَّذِینَ یَجۡعَلُونَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَۚ فَسَوۡفَ یَعۡلَمُونَ (96) }
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, –  (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).
(Al Hijr: 94-96)

In response to this kewajipan, nabi terus kumpulkan orang di Bukit Safa untuk nabi proclaim mesej sebenar secara jelas dan terang terangan.

Nabi tetap buat walaupun dalam ayat tu allah dah bagi mindset akan ada bantahan dan tentangan. 

Tapi bersama pemberitahuan ujian yang akan menimpa,
allah console juga nabi dengan ayat perlindungan dari allah.
Allah janji yang Allah akan pelihara nabi dan dakwah ni.
So jangan takut. Buat je.

Maka di Bukit Safa, nabi nak jahrkan mesej dakwah dia iaitu fahamkan tentang lailahaillallah.

Tapi sebelum tu, Nabi buat test dulu.
Nabi nak tengok betul tak diorang ni akan percaya cakap nabi.

Maka, Nabi tanya kalau nabi cakap akan ada satu gerombolan kafilah yang on the way menuju ke situ, orang quraisy ni percaya ke tak?
Semua cakap mereka percaya.
Sebab apa?
Sebab nabi memang terkenal sebagai seorang yang trusted and reliable. Al amin.

Jadi kiranya apa yang nabi cakap, diorang tahu, mesti betul.

Walaupun diorang belum tahu lagi kepastiannya.

Makanya, Lepas tu nabi terus bagitahu mesej dakwah nabi, “la ilaha illallah. Muhammad rasul allah.”

After that, terus ada yang tak percaya,
bahkan ada yang dah mula menentang nabi. Antara penentang atau biggest haters nabi adalah orang yang paling sayang nabi, iaitu pakciknya Abu Lahab.
Tak cukup dengan menentang, Bahkan siap menghina dan cursing nabi lagi.

Orang quraisy faham benar maksud lailahaillallah muhammad رسول الله.

Mereka faham bahawa consequences kepada mengakui kalimah itu:
Semua berhala dan tuhan mereka yang ada 360 ekor dikeliling kaabah tu akan kena buang, hanya ilahkan allah satu satunya je.

Maka industri pembuatan berhala yang selama ini mengkayakan diorg akan musnah.

Means that ekonomi dan periuk nasik mereka akan terjejas.

Status quo orang quraisy yang selama ini dilihat lebih superior dari orang lain pun akan musnah, dan mereka akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain.

Bahkan status hamba pun akan dah takde dan hamba hamba mereka dulu akan sama taraf dgn mereka.

Lepas tu Nabi Muhammad akan jadi ketua mereka dan semua orang dah takde status lagi dah.

Mereka kena buang semua undang undang yang mereka dah gubal dan yang semua orang dah ikut, yang hanya menguntungkan mereka, kerana kalau terima lailahaillallah akan kena terima undang undang dari allah je.
Jadi mereka dah tak  “kebal” dari undang undang.

Pendek kata mereka faham benar hakikat disebalik mesej dakwah nabi dan consequences yang akan ditanggung oleh mereka kalau setuju dgn content dakwah nabi tu.

Maka sebab tu mula berlaku penolakan, penentangan dan pertembungan.

Kerana dakwah nabi dah sampai,
orang dah faham.

Bila dah faham agenda nabi,
Maka manusia terpecah pada dua group:
Yang sokong
Dan yang menentang.
Clear trang tang tang dua golongan ni

Jadi sebab tu ulama sirah menuliskan antara hikmah kenapa kena wujud fasa gerakkan jemaah yang dicharacterised by sifat utamanya iaitu amar makruf nahi mungkar ini,
akan berakhir dengan clashing, penentangan, pertembungan?

1. Sebab allah nak polish daie.
Allah nak daie daie yang kata beriman dengan fikrah ni, yang kata nak carry fikrah ni sampai mati. Haa allah nak uji dulu dengan kesusahan.
Masih lagi tak mempertahankan kata kata kita? Hal ini selaras dengan firman allah dalam surah al ankabut;

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ﴿ ٢
Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ﴿ ٣ ﴾
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-ʿAnkabūt, 2-3)

Kalau takde ujian, semua orang boleh claim dia cinta dan setia, ye dok?
Huu.

Tapi bila diuji, fikrah kita akan being tested.
Betul ke tak masih cinta dan setia despite kena korban banyak benda/kena korban segalanya.

Ya allah takutnya.
Aku ni pun tak teruji lagi.
Maka sebab tu kita sering doa agar allah sudi thabatkan kita sampai syahid.

Seterusnya,

2. Supaya masyarakat tahu apa yang kita bawa, apa yang kita offer kepada mereka.

Kalau kita throwback balik fasa ujian dizaman mekah dulu, kita semua familiar dengan kisah bilal kena siksa dengan tuan dia.
Despite siksaan yang inhumane dan sangat menyiksakan tu, Bilal tetap teguh mengungkapkan “Ahadun ahad! / Lailahaillallah”

Bahkan sampai tahap kena pujuk oleh tuan dia “kalau kau curse muhammad sekali je. Aku akan lepaskan kau”

Tapi bilal tetap teguh dan pilih utk sebut kalimah allah.
Maka malu besarlah tuannya.
Dan makin peliklah orang orang yang melihat.

Logically orang akan fikir “ape bendela yang si bilal ni dok pertahan sangat sampai sanggup kena gitu. Eish kalau benda ni cikai cikai n main main, takkan la sampi dia sanggup kena siksa teruk sampai mcm tu. Ish ni mesti benda besar ni. Ni mesti benda betul ni sampai dia sanggup bertahan sampai gitu sekali ni.”

Dan kalau tengok kitab sirah, antara yang wonder dengan keteguhan ummat islam ketika siksaan ni adalah Saidina Umar yang ketika itu masih kufur.

Jadi masyarakat akan tahu, benda yg kita bawak ni besar, kalaulah sampai kita kena uji, kena siksa, kena msuk penjara, kena tuduh, kena bunuh dek kerana hakikat al haq yg dibawakan tu.

Jadi orang yang agree dan nak benda tu, akan bersama.
Dan orang yang memilih untuk join team penentang pun akan clear.

Mungkin ada orang tanya, kenapa nabi masuk kefasa ni dalam keadaan ummat islam masih sedikit dan dilihat lemah?
Kenapa tak tunggu bila dah ade “kekuatan?”
Jawapannya, kerana nabi dan sahabat guided by wahyu. Bila allah turunkan kewajipan, maka mereka lebih di”hantui” oleh kewajipan berbanding oleh perkiraan tentang “kekuatan”

Islam tak pernah ajar kita kekuatan tu tergantung pada numbers.
Bahkan bila islam outnumbered musuh seperti dalam Hunain, waktu tu lah islam dilemahkan.

لَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ فِی مَوَاطِنَ كَثِیرَةࣲ وَیَوۡمَ حُنَیۡنٍ إِذۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡ كَثۡرَتُكُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنكُمۡ شَیۡـࣰٔا وَضَاقَتۡ عَلَیۡكُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّیۡتُم مُّدۡبِرِینَ﴿ ٢٥
Sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang, dan (ingatlah) Perang Hunain, ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yang luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang langgang.
(At-Tawbah, 25)

Huu..

Jadi berbalik balik pada asal kisah ni,
Aku jadi makin faham
Patutlah kedua dua fasa pertama ini duduk dalam fasa makkiyah yang kita tahu merupakan fasa bina individu dan fasa tarbiyah.

Dia rangkum dua fasa sekaligus.
Fasa med school and fasa HO.
Tapi dua dua fasa tu adalah fasa peminaan rijal.
Satu fasa teori satu fasa praktikal.
Untuk lahirkan satu layer peggerak yang basirah, siddiq, setia dan tested.

Tapi of course belum sempurna.
Sebab tu nanti akan sambung lagi dekat another 2 fasa.
Fasa bina daulah
Dan fasa gerakkan daulah.
Dua fasa ni akan dapat kita lihat di fasa madinah.

Penat dah tulis.
Sambung nantilah deh.
Heheh.🙃

Harap sharing kali ini bermanfaat dan mengclearkan awan awan kelabu dilangit langit biru hihi.

#beginilahdakwahmengajarkanaku

Leave a comment