Al Quran

How To Deal With Midlife Crisis?

Alhamdulillah, lepas beberapa hari buat siri #beginilahdakwahmengajarkanaku ramai dm/comment/personal message bagi feedback positive.

Ada kakak kakak ku yang dulu yang dah tak join rasa nak join balik, ada kawan kawan dekat jemaah lain pun turut sama share feedback rasa kering and dah lama tak rasa ditaujihkan, adik adik dari macam macam lokaliti pun share feeling and current state mereka, dan tak kurang ramai juga yang request certain topic untuk minta aku sharekan thoughts aku.

Alhamdulillah ala kulli hal.
Indeed, semuanya dari Allah.
Allahlah yang ilhamkan
Allahlah yang beri kekuatan
Allahlah yang sampaikan, sampai sampai.
Hihi fahamkan ayat tu.

Antara topik yang ramai minta sharekan adalah isu midlife crisis.

Semalam pun ada sorang adik mesej “kak, akak penah tulis pasal midlife crisis tak?”

“Midlife crisis yang macam mana? Cuba awak explain?” Tanyaku. Nak cuba faham konteks.

“Yela, bila kita dah approaching 30 atau bahkan dah melepasi 30, dia macam ada feeling yang macam loser tu.
Rasa macam diri ni dah makin tua, pastu tak kawen kawen, orang lain dah kawen, ada anak, orang lain ada kereta, ada rumah, ada stable career, ada progress and projection yang bagus dalam hidup.
Somehow syaitan kacau jela jugak. Dok bisik “aku ni asyik buat usrah je, main dengan budak budak sampai ke tua,” orang lain dah achieve macam macam dah in life, rasa stagnant, buat dnt pun tak pandai pandai.” Luahnya.

Sebenarnya banyak kali jugak aku dapat soalan macam ni.
Masa aku pegi pegi satu lokaliti diselatan negara beberapa tahun lepas, time tu keluar dengan sorang ukhti disana pun, dia ada tanya benda yang sama.

“Ten, awak tak diuji ke dengan midlife crisis?” Tanya ukhti tu.

Akhir tahun tahun lepas dengan awal tahun ni pun ada akhowat and adik adik tanya soalan lebih kurang macam tu kat aku.

“Kak, akak memang ceria, gembira, positive,semangat dan optimis je ke sentiasa?hahah akak tak diuji ke dengan midlife crisis? 2024, akak bakal masuk 30 kan?” Tanya adik tu curious.

Hahahah.
Dudulu pun aku macam adik tu,
Salu curious dengan kakak kakak yang makin meningkat usia.

Masyallah, in a blink of an eye, aku pun dah berada diposisi kakak yang dulu aku tertanya tanya tu.

Alhamdulillah ala kulli hal, so far Allah masih bantu dan pelihara aku daripada diuji dengan perasaan perasaan tu. Mungkin sebab jihad dan ujian phd aku ni susah kot. Jadi aku punya fokus full ke situ hahah.

Tapi takde la tak fikir langsung.
Manusiawi je untuk terfikir dan ada perasaan risau.

Tapi aku rasa fikrah fikrah yang ditanamkan kepada aku especially masa belajar juz 27 banyak sangat membersihkan dan menyegarkan neraca, cara pandang dan perspektif aku dalam melihat sesuatu perkara dalam hidupku.

Ditambah lagi dengan learning by observing others, especially akhowat akhowat disekeliling aku.
Aku memang banyak belajar dari kisah kisah hidup akhowat lain yang dah melalui dulu semua benda benda tu.
Itulah antara nikmat duduk dalam tarbiyah.
Terlalu banyak contoh dan model yang kita always boleh belajar dan learn from them.

Oklah mungkin korang dah boring.
Mesti rasa macam cliche
Dan rasa macam too abstract.
Cuba conretekan siket.
Hahaha.

Baiklah.
Sebelum korang marah.
Meh aku share dulu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga Allah permudahkan aku tulis sampai balagh untuk orang yang baca, faham apa yang dimaksudkan.

Dulu, masa usrah aku bedah surah surah juz 27.
Aku rasa sangat hidup dengan surah tu, biiznillah.
Subhnallah. Rasa best sangat penghalaan dari surah surah tu especially surah Az Zariyat.

Memula dia cerita tentang 5 sumpah pertama yang Allah guna untuk mulakan surah tu.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ

وَٱلذَّ ٰ⁠رِیَـٰتِ ذَرۡوࣰا﴿ ١ ﴾

Demi (angin) yang menerbangkan debu,

فَٱلۡحَـٰمِلَـٰتِ وِقۡرࣰا﴿ ٢ ﴾

Demi (awan) yang membawa (hujan),

فَٱلۡجَـٰرِیَـٰتِ یُسۡرࣰا﴿ ٣ ﴾

Demi (kapal-kapal) yang berlayar dengan mudah,

فَٱلۡمُقَسِّمَـٰتِ أَمۡرًا﴿ ٤ ﴾

Demi (malaikat-malaikat) yang membagi-bagi urusan,

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقࣱ﴿ ٥ ﴾

sungguh, apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar,

Adh-Dhāriyāt, Ayah 1-5

Dalam muqaddimah lagi, mufassirin yang tulis tafsir tu dah bagi mindset yang best.

Dia kata, kalau baca bahasa arab, sebenarnya takde pun bagitau si pembuat kepada ayat ayat tu.

Demi yang menerbangkan debu
Demi yang membawa hujan
And so on..

Tapi ulama tafsir yang takwilkan apa benda tu. Sebab tu dekat terjemahan, awan lah, malaikat lah ape semua tu ditulis dalam bracket ( ).
Bermaksud dia penafsiran.

Jadi mufassirin tu kate, surah ad zariyat ni sangat misteri.
Bahkan objek yang disumpahkan oleh Allah
pun sangat misteri.

Dan kemisterian subjek kepada ayat sumpah ni ada kena mengena dengan tema besar surah ini.

Haa, long story short, surah az zariyat nak share tentang isu rezeki.

Rezeki ni umbrella term untuk semua benda yang kita risau kat atas tadi tu– kesihatan, kecemerlangan, pekerjaan, jodoh, perkahwinan, zuriat, future, pokoknya semua tu adelah isu rezeki.

Ayat pokok dalam surah az zariyat ni adalah ayat
tentang fafirru ilallah, bersegeralah kamu menuju dan mentaati allah.

فَفِرُّوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّی لَكُم مِّنۡهُ نَذِیرࣱ مُّبِینࣱ﴿ ٥٠ ﴾

Maka segeralah kembali kepada (menaati) Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu.

Adh-Dhāriyāt, Ayah 50

Dan apa cara untuk fafirru ilallah?
Yakni buat tujuan hidup, dalam ayat fav kita since awal kenal tarbiyah.
51:56

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِیَعۡبُدُونِ﴿ ٥٦ ﴾

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Adh-Dhāriyāt, Ayah 56

tapiiii, mufassirin tu kate, ada satu benda yang buat manusia ni insyighol (disibukkkan) daripada fafirru ilallah dan mengabdikan diri kepada allah adelah, isu rezeki yang akan dibincangkan dalam surah ni.

Dalam kata mudah, dia nak cakap,
Apa biggest distraction daie dalam nak all out jadi abid khalifah?
Jawapannya adalah isu rezeki.

Berapa ramai org slow down, terhambat, atau bahkan keluar dari jalan ni kerana risau isu rezeki?
Huu aku pun takut allah uji aku. Moga allah thabatkan.

Orang orang ini akan diuji dengan bisikan
“Hmm sbb aku join dnt la study aku terganggu.”
“Hmm sbb aku join dnt la aku ni tak dapat keje yang best dan gaji besar.”
“Hmm sbb aku join dnt ni la aku ni tak kawen kawen.”
Dan macam macam.

Dan bila kita mula jalan atas jalan dnt ni,
Dari masa ke semasa
Somehow itulah antara dialog dialog yang memang benar wujud keluar dengan lafaz yang berbeza tapi maksud yang sama.

Aku ingat lagi ade sorang ukhti ni sangat teruji dengan rasa nak kahwin
And dia pernah cakap “X keluar dnt terus kawen, Y keluar dnt pun terus kawen.”

Dan akhirnya ukhti tu pun keluar dnt, dan akhirnya aku melihat, dia pun memang benar benar kawen hahahahah.
Time tu allah nak uji aku pulak kot kihkhihi😝

Dulu aku ingat lagi ada sorang kakak pesan kat dalam daurah time aku awal tarbiyah
Dia kata

“All out dalam dnt, tak sedikit pun akan mempercepatkan ajal awak, dan tak join dnt, tak sedikit pun akan memperpanjangkan ajal awak.”

Sebab time tu ada sorang ukhti ni diuji family dia tak kasi join dnt sebab banyak keluar, travel sana sini utk wasilah tarbiyah.
Banyak on the road, tak kira siang malam pagi petang, dan macam macam lagi.
By logik, macam possibility untuj accident tu tinggi.

Kena go back pada hadith 4 dalam hadith 40 imam nawawi yang cerita soal rezeki.

Rezeki yang kita dok risaukan ni, SEMUAAAANYAAA Allah dah tulis dari zaman ruh ditiupkan pada jasad kita.
Dari dalam kandungan lagi.

Semuanya tentang kita
Allah dah tulis dah bila sekian sekian akan berlaku.
Cuma kita je tak tahu.
Jadi jangan risau.
Semuanya akan datang pada masa yang TEPAT.

Tiada istilah cepat atau lambat,
Melainkan semuanya tepat.
Dan ukuran tepat untuk setiap individu berbeza.
Ada orang tepat dia untuk dapat rezeki A masa dia umur 20
Ada orang tepat dia untuk dapat rezeki B masa umur 30.
And so on.

Dan yakinlah, kita takkan mati sampailah rezeki terakhir yang telah dituliskan untuk kita, sampai pada kita.

“aku tahu rizqi ku takkan diambil orang, makanya hatiku tenang. Aku tahu amalku takkan dikerjakan orang, makanya ku sibuk berjuang.”

— Imam Hassan al Basri (tabien).

Kita selalu suka risau benda yang allah kata takyah risau,
dan tak risau benda yang Allah suruh risau 🤭
Kita ni memang kelakar. Hahah.

Jadi ujian rezeki ni adalah ujian thiqahbillah.
Untuk kita being able to put our total trust in allah.
Sejauh mana kita yakin dengan plan Allah.

Aku dah banyak kali kena tarbiyah and learn through the hard ways tentang isu ni dalam hidup aku.
Satu, masa aku gila gila nak course medic tapi end up dapat psychology dulu.
Kedua, masa aku lalu fasa kegelapan dalam dnt aku masa kat aussie dulu.
And satu lagi, masa zaman phd aku sekarang ni.

Alhamdulillah hasil tarbiyah yang berair mata dan sukar tu, adelah aku jadi haqqul yaqin yang, plan Allah is always the best.

Jadi kalau plan aku dan cita cita aku tak jadi,
aku sendiri melihat dengan mata kepala aku dan rasai betapa lebih cantik dan lebih bestnye plan allah terhadap diriku.

Seburuk ape pun benda yang jadi menurut kaca mata kita,
Itulah yang terbaikk untuk kita dimata Allah.
Sebab Allah tengah nak tarbiyah kita benda lain yang kita tak mampu nak comprehend lagi sekarang.

Aku ingat lagi ada sorang lagi ukhti pernah diuji rasa regret lepas dia tolak untuk proceed berbaitul muslim dengan seorang ikhwah.

Dia tercurhat kat aku before tidur.
“Kalau saya tak tolak, mesti saya dah kawen skrg.”
Ujarnya sedih.

Aku terdiam mendengar confessionnya tu.
Tapi aku faham.
Manusiawi je perasaan dia tu dengan ujian umur dia.

Aku pun bagitau murobbi dia kot kot murobbi dia boleh bantu susunkan semula taaruf akhowat tu.

“Allah tak yah sedih la benda tak jadi. Allah tu tengah selamatkan dia. Ikhwah tu dah tak join dnt dah pun lepas taaruf haritu.”

Aku nanges dengar benda tu.
Again, aku makin haqqul yaqin.
Semua benda yang jadi, dan yang tak jadi,
Itu adalah yang terbaik untuk kita, dan bahasa cinta allah kepada kita yang sering gagal difahami oleh kita.

Lepas tu aku citer kat akhowat tu.
Akhowat tu marah aku sebab citer kt murobbi dia hahahah

Aku menyaksikan berapa ramai akhowat yang teruji suami mereka tak kasi mereka join/aktif dnt lepas kahwin
Be it kahwin dengan ikhwah atau bukan ikhwah.

Jadi allah tahu mungkin akhowat tu tak cukup kuat untuk lalu ujian kahwin dengan orang yang bakal tinggalkan jalan ni, jadi allah cancel off that plan siap siap dengan akhowat tu diberi ilham untuk tak proceed BM dia.

“Allah sayang dan nak selamatkan awak.
Sebab tu tak jadi.” Ujarku pada dia.
Dia pun nanges.
Huu

Dan sebenarnya, semua pergolakan perasaan ni, bukan berlaku pada akhowat je.
Orang tak join tarbiyah pun ade je yg diuji benda yang sama.

Aku ade sorang kawan yang dia ada segala galanya yang manusia biasa nak dalam hidup.
Kaya raya
Stable job
Mampu beli barang mahal.
Mampu travel sana sini
Mampu duduk hotel mewah.
Ada rumah sendiri
Ada kereta hebat.
Semuanya adelah pokoknya.
Tapi dia belum kawen jugak.

Dia pernah confess ke aku.
“Sebenarnya kan ten, hidup aku tak best pun.
Aku rasa hidup kau lagi best walaupun kau macam takde pape hahaha. Aku rasa kosong.”

Kitorng memang dah biasa saling menghina sejak zaman sekolah dulu hahaha. Tak terasa pun bila dia kate ke aku gitu hahah.

Before tu dia cakap ke aku “kau ni sampai bila nak buat usrah usrah kau ni. Dari zaman kita belajar dulu lagi. Sampai bila kau nak duduk dengan budak budak?” Dia hina aku lagi hahahah. Hina yang main main kihkih.

Bukan dia sorang.
Ramai yang confess ke aku gitu.
Entah kenapa diorang nak confess ke aku pun aku tak tahu.
Mungkin Allahlah memang hantar diorang untuk buat aku yakin yang, taklah, hidup luar tarbiyah ni tak best pun. Jangan tertipu dengan Instagram dan media sosial. Semua orang memang akan nak tunjuk dialah paling bahagia dan dan berjaya. Haha.

Aku syukur sangat.
Walaupun duniawinya aku ni mungkin takde pape
Phd pun tak abeh abeh (doakan abeh tahun ni plis),
Tapi aku rasa satu perasaan complete dan contented yang tak mampu untuk aku ungkapkan.
Ytjt kata orang
Hahah
Yang tau je tahu.
Dan aku harap allah tak pernah tarik rasa complete dengan tarbiyah quran dan kefahaman quran ni.
Terlalu berharga perasaan ni.
Dan takkan aku tukar ganti hanya kerana nak bebenda dunia ni, insyallah.

Jadi kengkawan, begitulah surah az zariyat ni mengajarkan aku.
Sebnarnya banyak lagi explanation tu.

Oh ye aku tak reveal lagi kan pasal sumpah tu.

So Mufassirin cakap, sebab tulah subjek atau si pelaku kepada sumpah tu allah tak sebut. Doa bersifat sirr (rahsia/misteri).
Seperti itulah isu rezeki ni misteri.

Tapi jangan risau.
Sebab apa?
Sebab allah dah susun

Bahkan lepas mufassirin tafsirkan, baru tahu semua subjek sumpah tu.
Ia berupa awan, malaikat, kapal, ape lagi semua tu baca lah sendiri eh, ha yang penting SEMUAAA TU ADALAH MEDIUM ALLLAH UNTUK SAMPAIKAN REZEKI KEPADA KITA.

Yang gerakkan awan untuk turunkan hujan untuk suburkan tanah untuk keluar tanaman dan hasil bumi = allah!

Yang gerakkan malaikat yang akan membahagi bahagikan rezeki kepada manusia = allah!

Yang gerakkan kapal atas laut yang terumbang ambing, yang kasi angin untuk kapal tu berlayar atas laut untuk edarkan rezeki manusia dibumi = allah!

Pokoknya semua medium rezeki ni sampai pada kita pun semuanya dalam genggaman allah.

Jadi jangan lah risau isu rezeki  sampai kita tunduk pada nafsu kita, pada orang/makhluk yang kita ingat dialah pemberi rezeki yang menyampaikan kita pada rezeki tu.

Kaki kita kena terus bekerja dan berusaha dibumi
Tapi hati kita, kita gantungkan kelangit yang telah menetapkan rezeki kita.

Itulah tawakkal yang sebenar.

Kalau kita tolong agama allah, kita fafirru ilallah, kita nak jadi abid allah sesungguh sungguhnya, bahkan seluruh alam ni akan bersama pada daie
Buktinya? Sultonimmubin.

Laut boleh terbelah untuk nabi musa.
Api yang membakar boleh sejuk dan selamat untuk ibrahim.
Angin taufan boleh jadi bala tentera Allah dalam perang ahzab.
Burung ababil boleh jadi bala tentera allah dalam persitiwa Abrahah nak runtuhkan kaabah.

And sooo many proofs from the history
Yet we still reluctant to believe?

Percayalah,
when allah is your friend
Who is your enemy?

Banyak kali allah sebut dalam al quran,
“Allah lah mawla bagi orang orang beriman”

Yakin lah wahai hati.

Dalam surah toha:13 Allah pesan

“Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah allah berikan kepada beberapa golongan dari mereka sebagai bunga kehidupan dunia, agar kami uji mereka dengan kesenangan itu, karunia tuhanmulah yang lebih baik dan kekal.”

Dan aku always yakin
Kalau benda tu diperlukan untuk aku jadi abid dan khalifah yang lebih baik,
Allah akan datangkan semua yang kita perlu tu pada kita walaupun semua benda tu macam impossible.

Dari awal aku gerakkan Iman Moment from scratch.
Takde duit
Takde aset
Takde kepandaian
Haha
semuanya takde.

Tapi slowly bila kita istiqomah buat
Titibe orang ni nak contribute skills and expertise
Titibe strangers yang tak pernah kenal nak kasi duit
Orang ni nak sponsor aset media
Dan macam macam lagi.

Jujur pada allah.
Teruskan sibuk beramal
Allah pasti akan hadirkan semua yang kita perlu tepat pada masanya, walaupun diluar logik akal dan kemanusiaan kita.

Buat akhowatfillah,
Fafirru ilallah.
Moga allah bantu untuk kita tak terlalu risau isu rezeki hingga menghambat diri dari bersegera menuju Allah.

Pssttt.. tapi jangan jadikan ni dalil untuk tak berusaha ya!

Usaha tu wajib
Sebab allah janji, prasyarat menuju kepada dibukakan pintu pintu pertolonganNya adalah kena jihad dulu menuju allah.

Refer surah al ankabut, ayat terakhir.

Wallahuaalam
Ruang ni limited.
Tak dapat explain semua.
Jemput bedah surah az zariyaat 😇

P/s: oh ya, tentang isu umur 30 tu. Jangan takut dengan numbers. Allah kata value kita ni tinggi kerana taqwa kita. Bukannya by umur 30 kau dah achieve apa?

Wahai akhowat,
Anda sedikit pun tidak hina jika by umur 30 anda belum kahwin.

Wahai akhowat,
Anda sedikit pun tidak hina jiwa by umur 30 anda belum ada anak.

Wahai akhowat,
Anda sedikit pun tidak hina jika by umur 30 anda takde lagi harta seperti rumah dan kereta.

Listkanlah sendiri semuanya.

Tapi yang takutnya, kita makin tua,
tapi kita masih hidup ikut telunjuk makhluk,
bukan ikut telunjuk yang Maha menciptakan kita.

#beginilahdakwahmengajarkanaku

Leave a comment